Friday, September 16, 2011

Akta ISA & Hari Malaysia

Selamat meyambut Hari Malaysia to all Malaysian folks.

ok, YAB Najib Razak merangkap Perdana Menteri ke-6 telah mengumumkan bahawa Akta ISA telah dimansuhkan, sebagaimana dalam sebahagian teks ucapan beliau semalam:

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

23. Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dikaji secara komprehensif. Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus.

24. Untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah
semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.



27. Dalam konteks ini juga, selain memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan.


credit to ct N honey<3


ok, sekarang Akta ISA suda mansuh. nanti ada pulak Akta ISA-like yang baru. who knows what it says, right?


sejarah Akta ISA

ISA Malaysia mula digunakan pada tahun 1960-an yang mempunyai satu tujuan iaitu untuk mengekang ancaman komunis pada ketika itu. Peruntukkan pencegahan yang terkandung dalam ISA dikatakan begitu efektif kerana ia telah mampu mengekalkan kestabilan negara yang baru merdeka walaupun sedang menghadapi ancaman bersenjata komunis.

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 sebenarnya dirangka oleh R.H. Hickling pada awalnya. Kemudian ia dijadikan undang-undang pada tahun 1960. Semasa akta itu mula digunakan, ia membenarkan kajian semula, akan tetapi sejak itu ISA telah dipinda sebanyak lebih daripada 20 kali dan peruntukan ini telah dikeluarkan. Kuasa mutlak telah diberikan kepada Menteri Dalam Negeri membolehkan beliau menangkap sesiapa pun, tanpa merujuk kepada mahkamah

sumber:Jabatan Penerangan


nevertheless, people didn't want to read history. damn.


apa-apapun tibalah masa bagi siapa-siapa yang 21 tahun keatas untuk mengundi. we ALL are the boss, folks.




see? 1Malaysia der! haha!


does it is have connection between them? it does! your voice! your choice! use it maximum for your country!


p/s: hope there is no more monopoly in vote. (sigh)


quote for this day: history written by victors, losers forgotten.

No comments: